Perihal Pengasas Shaklee Yang Harus Anda Tahu..


Rasanya mungkin banyak yang korang belum tahu tentang founder Shaklee kan.. Nama beliau ialah Dr Forrest C. Shaklee. Banyak yang eda dapat belajar dan sedikit sebanyak dapat beri pengajaran..



Usaha Tanpa Kenal Putus Asa..

Semasa beliau lahir, beliau disahkan dijangkiti tuberculosis. Ni sejenis penyekit tibi tau.. Cuba korang bayangkan ek, masa zaman tahun 1894, 123 tahun yang lepas mana la family Dr Forrest Shaklee ni nak cari tempat berubat. Zaman tu doktor yang merawat pon bagi tau yang peluang untuk beliau hidup sangat nipis.

Empat minggu selepas lahir, beliau langsung tak bergerak. Tapi, ibu kepada Dr Forrest Shaklee ni tak nak putus asa. Ibu beliau pon macam tak boleh terima yang anaknya tak boleh hidup lama..

Ibu Dr Forrest Shaklee adalah jenis yang percaya dengan benda-benda semulajadi. Ibu beliau sapukan minyak yang dicampur dengan herba ke badan Dr Forrest Shaklee.. Ibu beliau juga beri harba dan tumbuh-tumbuhan sahaja untuk Dr Forrest Shaklee makan. Bayangkan ye, dari beliau baby asyik terlantar je tak boleh bangun pon.. Dan korang percaya tak yang masa beliau berumur 4 tahun beliau boleh bangun!!! Ajaib kan..

Tu kira baru 1st part tentang tak nak putus asa dalam hidup Dr Shaklee..


Kisah malang Dr Shaklee yang tiada penghujung..

Pada tahun 1915, waktu itu Dr Shaklee berusia 21 tahun. Beliau telah manghasilkan satu produk yang dinamakan Vitalized Minenral yang mengandungi nutrien dari tumbuhan. Dalam sejarah, ini adalah vitamin pertama di dunia. Pada tahun ini juga beliau belajar tentang chiropratic.

Semasa Dr Shaklee berumur 24 tahun, neliau telah membuka satu Health Center. Di situ Dr Shaklee membuat X-ray diagnosis. Waktu zaman tu kalau kita terdedah kepada sinar x-ray sangat bahaya untuk badan tau.. Korang tau tak yang selepas 3 tahun, Dr Shaklee mengalami lecur kat beberpa bahagian badan beliau kerana selalu terdedah kepada radiasi sinar x-ray.. eda yang buat medical checkup kene sekali x-ray pon rase sengal-sengal badan.. ni pulak setiap hari terdedah.. mesti banyak sel yang rosak..

Tapi Dr Shaklee ni bukan kena lecur yang biasa tu. Tapi ni lecur yang beliau perlu potong tangan dan kaki.. Dan korang tau tak yang beliau tak nak potong tangan dan kaki..

Apa yang beliau buat adalah amalkan makanan yang fresh dari ladang dan ditambah lagi dengan produk Vitalized Mineral (sekarang name die VITA LEA) yang pernah beliau hasilkan sendiri. Pada waktu itu juga beliau menghasilkan satu lagi produk untuk detox.. Produk tersebut ialah HERBLAX yang ada kat pasaran hari ini..



Beliau berusaha dengan apa yang beliau percaya, akhirnya beliau disahkan bebas dari kanser..

Waktu beliau berumur 30 tahun pula, beliau bukak satu klinik, Drugless klinik.. Dimana klinik terzebut tanpa ubat. 5 tahun kemudian klinik tersebut terbakar.. sedihnye..

Tapi kejadian tu tak padamkan semangat Dr Shaklee.. Beliau tak berhenti kat situ je..

Beliau buat pula rumah bergerak.. yang macam caravan tu.. sebab dengan caravan mudah beliau nak travel satu keluarga. tapi tu la.. malang tak berbau.. tahun 1929 pasaran saham jatuh merudum dan menyebabkan beliau kerigian dalam pelaburan.

Beliau teruskan juga kehidupan.. hidup perlu diteruskan..

Pada tahun 1941, isteri beliau pula mati dilanggar pemandu yang mabuk.. sedihkan kalau orang yang paling rapat dengan kita meninggal dunia..

Tabah sungguh beliau..

Tak lama kemudian beliau kormesilkan Vitalized Mineral yang pernah beliau hasilkan dulu.. 10 tahun selepas itu beliau ajak anak-anak beliau untuk join bisnes tu..


Produk Shaklee mula melebarkan sayap..

Pada tahun 1956, Dr Shaklee menubuhkan satu distribution centre untuk memperbesarkan lagi pasaran produk tersebut. Syarikat tersebut dinamakan "Shaklee Product".

Bermula pada itu, Shaklee Product terus berkembang dan rangkaian produk juga bertambah.

Bermula dari 1 produk bertambah menjadi 5 produk (Pro-lecin Nibblers, Liqui-lia, Herblax, Vita-Lea, Basic H dan Soy Isopate Pioneer) dalam masa tak sampai 15 tahun.

Bukan itu je, Dr Shaklee mempunyai Research Centre sendiri tau. Beliau menubuhkan Research Centre ni pada tahun 1971.

Antara pencapaian terbesar beliau adalah apabila Shaklee Corporation tersenarai di bursa saham New York pada tahun 1977.

Dan beliau mengorak langkah dengan membuka cawangan luar Amerika yang pertama iaitu di Jepun.

Sampai ke hari ini, Shaklee telah pon menapak ke 7 buah negara.. Hebat kan.. 😀



Shaklee terus cemerlang di dalam bidang kajian terhadap supplement dengan tertubuhnya Shaklee Innivation Center. Shaklee Innivation Center ini menunjukkan Shaklee sangat berkomitmen terhadap produk yang dikeluarkan mestilah melalui kajian R&D yang menyeluruh.

Produk Shaklee bukan produk syok sendiri ye..


Shaklee Innovation Center yang dibuka secara rasmi pada Mei 2015


Boleh bayangkan tak apa akan jadi kalau ibu kepada Dr Shaklee putus asa??
Atau Dr Shaklee sendiri give up ketika di dapat kanser dulu..

Pastinya produk Shaklee tak akan wujud dan jauh sekali berada dalam kedudukan sekarang.

Samalah juga dengan kita..

Jangan pernah nak putus asa dengan apa jua halangan dan kesukaran yang mendatang. Bukan hanya bertahan, malah perlu bergerak ke satu level lagi.. btul tak??

Sejujurnya Eda sangat terinspirasi sangat dengan kisah Dr Shaklee ni.. korang yang baca ni pon mesti sedikit sebanyak rasa apa yang eda rasa kan..



Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...