11 Tips Mengepam Susu Ibu Dengan Lebih Baik..


Kaedah mengepam susu ibu merupakan kemahiran seperti juga mengusukan anak. Di sini, terdapat beberapa tipsgn ingin saya kongsikan untuk membantu anda memdahkan proses mengepam susu dan membantu anda mendapat "let down reflex" lebih cepat, menghasilkan susu yang lebih banyak dan menjadikan sesi mengepam lebih selesa (convenience).

1. Lakukan mengikut rutin kebiasaan anda.
Tempat, kerusi, air kosng, alatan mengepam. Pastikan segalanya tersedia dalam kedudukan yang sama setiap hari. Selesaikan diri anda setiap kali sesi mengepam, elakkan melakukannya dalam keadaan tergopoh-gaph, terkejar-kejar masa. Ini akan membanti anda mengepam dengan lebih tenang dan membanti anda untuk mendapat "let down refleks" dengan lebih cepat.

2. Mulakan dengan urutan.
Bermula dari bahagian ketiak, gunakan jaridari tangan yang berentangan untuk membuat urutan bulatan kisekelilng payudara dan lakukanya berulang kali. Buat urutan dari dada ke areola juga. Setelah itu lakukan urutan yang sama pada peyudara yang di sebelah lagi. Jangan lupa memulakan sesi dengan Bismillahirrahmanirrahim.

3. Minum air masak.
Minumlah beberapa gelas air sebelum sesi mengepam dilakukan dan begitu juga selapas selesai mengepam.

4. Bawa bersama gamba anak anda.
Sambil mengepam lihatlah gambar-gambar anak atau videonya. Atau anda juga boleh membawa baju atau selimut yang ada bau baby supaya anda dapat merasakan seperti dia berada dekat dengan anda seperti waktu menyusukannya. Anda juga boleh mengepam sambil menelefon baby sitter apa yang sedang anak anda lakukan waktu lain. Sepanjang mengepam berzikirlah sebanyak mungkin. Jika tiada video dan gambar anak gantikan dengan membaca Al-Quran.

5. Meminimumkan kesakitan/ketidakselesaan.
Jika pam membuatkan puting anda sakit, cuba gunakan level yang lebih rendah (pam elektrik). Boleh gunakan krim seperti BEPANTHEN jika anda rasa sakit atau tidak selesa selepas mengepam.

6. Mengepam la sekerap anak menyusu (2-3jam).
Jika anda risau tentang production anda yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak, pam lah lebih kerap lagi atau tambah sesi mengepam dari jadual biasa anda. Ini kerana untuk stimulate lebih banyak susu kita perlu PAM LEBIH KERAP BUKAN PAM LEBIH LAMA.

7. Mulakan sesi mengepam di awal pagi.
Ini kerana waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam. Ini sangat membantu terutama untuk ibu yang sedang berusaha menambah stok susu.

8. Jika hasil mengepam tidak seperti yang biasa diperolehi periksalah pam anda.
Periksa sama ada semua part telah dipasang betul dan dalam keadaan baik. Perkara tersebut boleh menyebabkan suction akan bermasalah dan susu tidak dapat dikeluarkan dengan lebih lancar menyebabkan payudara tidak dapat dikosongkan dengan betul.

9. Lakukan tandem pumping.
Pamlah ketika anak sedang menyusu disebelah. Anak anda merupakan penghantar/pencipta signal paling hebat pada otak melaui gaya hisapannya. Kebiasaannya ibu akan mudah merasa let down reflex apabila menyusukan anak berbanding sewaktu sesi mengepam susu. Ini membantu ibu mendapat susu sewaktu anak sedang menyusu melalui payudara sebelah lagi. Pastikan juga anak hanya minum dari sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu dan untuk sesi penyusuan seterusnya beri anak payudara yang sebelah lagi.

10. Ada sesetengah ibu menghasilkan lebih banyak susu menggunakan double pam.
Secara logik dan teorinya, sememangnya paras hormon prolaktin dalam darah akan meningkat abapila susu dikeluarga serentak dari kedua-dua payudara. Terdapat banyak jenis pam payudara yang berkualiti dan mudah dikendalikan. Bagaimanapun untuk pengguna pam manual, anda boleh menggunakan 2 unit pam manual untuk malakukan double pumping.

11. Jika sesi mengepam menyakitkan atau membuatkan anda tidak selesa, tukarlah pam anda.
Pemilihan pam amat penting. Sebaiknya pilihlah pam yang mempunyai gred horpital dan tidak menyakitkan. Terdapat jenis pam yang berprestasi tinggi dengan harga mampu milik. Ini kerana, suction yang baik tidak menyakitkan membolehkan ibumendapat keselesaan seterusnya susu yang dapat dipam juga lumayan hasilnya.


Untuk hasil perahan yang lebih menyeronokkan anda juga boleh mengambil beberapa suplement Shaklee seperti Vita Lea, Vitamin C, B complex dan Alfalfa.. Vitamin ini sangat sesuai dengan anda yang sedang menyusukan anak..

Jangan lupa juga zikir dan doa yang boleh anda amalkan buat ibu yang menyusukan anak.



 Jika anda berminat dengan vitamin Shaklee jangan segan silu untuk menghubungi saya. Anda juga boleh mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee dan anda juga berpeluang mendapat Vita Lea secara PERCUMA!!! (selagi masih dalam promosi)

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D



Klik DISINI UNTUK TUTORIAL membeli secara online.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...