Baru-baru ini, peminat dunia K-pop dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, Jonghyun yang disahkan meninggal dunia akibat gas beracun karbon monoksida.
Sebelum membunuh diri, Jonghyun meninggalkan pesanan kepada kakaknya dan menyatakan bahawa dia sudah tidak tahan dengan tekanan jiwa yang dialaminya.
Ini antara 7 selebriti popular yang mati bunuh diri kerana masalah tekanan jiwa.
1. Robbin Williams
Pada Ogos 2014, pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Robbin Williams dipercayai menggantung dirinya menggunakan tali pinggang.